Kiss The Rain
Friday, December 5, 2014 | 2:56 PM | 1 comments
Assalamualaikum readers 
, sorry lah aku lama tak tulis dalam blog kesayangan aku ni . Busy final exam . 

“The time you knew you love her and she left you , just pretending nothing happened at all , lie to everybody”

Entry dekat atas tu to more kepada kenangan yang lepas . yang lepas takan berulang lagi . itu yang pasti . kalau si dia stalk blog aku and baca post yang ni , aku harap kau tak lupa kenangan kita . Sumpah aku rindu masa dengan kau , kau banyak tolong aku , kau buah hati aku , kau kawan aku , kau tempat aku mengadu masalah aku , hampir semua kau . Tapi semua tu tinggal kenangan yang aku akan simpan dalam hati ni *letak tangan dekat dada belah kiri* . Ye aku tahu mungkin salah aku sebab berkawan ramai perempuan dan timbulkan perasaan cemburu dekat kau . Tapi pecayalah aku dengan dia tu takde apa apa hubungan , Cuma kawan rapat . Panggilan tu Cuma main main walaupun aku dah terangkan dekat kau . Tu semua dulu .

Kau ingat lagi tak masa kita first keluar date , hari tu hari sabtu and blok aku buat hari keluarga . Thanks dekat Alip sebab ambik aku dekat rumah . Kita pakai baju warna sama . Purple colour . Kau mesti ingat kan . Such a wonderful day we have . Walaupun lepak dekat Lumut Waterfront je . padan sangat lah dengan kependekan kau tu dengan si buah hati Alip . 2 ketot 2 tinggi . Hehehe .

Kau ingat tak lagi hari hari kau mesti hantarkan aku KFC lepas balik kerja . Malam pun kau hantar jugak . Sayang punya pasal . Naik gemuk aku hari hari hadap KFC . Yelah kau kan kerja situ . Shif sampai closing . Abah sampai Tanya aku , “hari hari kau makan KFC sape yang hantarkan?” aku dengan selamber jelah cakap kau yang hantar . Abah dengan Mama pun tahu kau couple dengan aku . Ibu pun tahu jugak kan , sampai aku pergi kerja tak habis habis kerna perli dengan diaorang semua . Tapi aku tak kesah sangat .

Kau ingat lagi tak masa aku pergi buat lasen tu ? mesti lah kau ingat kan , sebulan jugak kau ulang alik pergi rumah ibu . ambik aku then tunggu dekat situ . Aku hargai semua tu . Asal lepas latihan je mesti pergi merayau pusing Bandar manjung tu kan . Lumut – Manjung tu dah macam taman mainan je kan . Hari hari keluar situ . Ingat tak malam kita pergi kenduri rumah Shasha tu , lepas balik kita pergi lepak Lumut ? masa tu kan aku bawak dengan lessen baru L . HAHAH depan kondo tu road block pulak dah . Ya Allah cuaknye jangan cakap lah . nasib baik sempat tukar . Special thanks dekat bas yang lindung kita tu. Dengan baju kurungya kau bawak aku . Kelakar sangat time tu .

Kau ingat lagi tak masa aku sarungkan cincin dekat jari kau tu ? I bet you I’ll never forget it right . Dekat cincin tu ada nama aku dengan nama kau . kalau tak silap aku lah . walaupun nilai dia tak lah seberapa tapi maknaya besar buat aku dan aku pesan jangan buang cincin tu sampailah kita break . sebenarnya aku cemburu dengan laki laki lain yang kau layan tambah tambah ex kau dulu . satu kelas dengan kau pulak tu . Walaupun kau dengan dia sekadar ex . Aku cemburu . Bila aku tengok kau pakai cincin tu aku rasa happy sangat , rasa kau macam “ahh dia pakai cincin aku which mean dia hargai walaupun tak seberapa” Sekarang entah kemana lah cincin yang aku bagi tu kan . Samalah macam jam yang aku belikan masa birthday kau tu .

Kau ingat lagi tak masa kau jadi makmum masa kita solat magrib sama sama dekat rumah Alip ? Sebelum ni aku hanya jadi imam dengan kawan kawan aku je . Kaulah perempuan pertama dalam hidup aku yang jadi makmum dalam solat aku . Rasa satu perasaan yang susah aku nak terangkan sebab kau bukanlah muhrim bagi aku . Mungkin macam tu rasnya bila ada seorang isteri untuk seorang suami kan ? Bahagia campur bangga . Banyak benda kita berkongsi bersama . Suka , duka , hampir semuanya lah . Mak kau pun kenal aku dah kan . Selalunya aku akan bawak kau bila keluar sesame . Aku ingat lagi masa raya walaupun aku di Kedah kau di Perak baju raya kita sedondon kan . Warna merah . Kau Nampak cantik pagi raya tu tahu tak .

Tapi semua tu tinggal kenangan . Kisah kau dengan aku menarik kan ? Macam ditulis dalam novel pulak . Kisah kita ni boleh aku buatkan novel satu hari nanti . Semalam aku pergi lepak dekat Marina tempat terakhir kita . Atas jambatan kayu tu la . Sambil tengok matahari aku teringat masa masa terakhir aku dengan kau . Kau datang petang tu tak pakai cincin yang selalu kau pakai . Aku boleh agak ape akan jadi lepas tu . Kau duduk sebelah aku . Langsung tak tengok muka aku kan . Aku saje buat tak tahu nak tengok reaksi kau . Then kau cakap “kite putus ye awak” . Aku boleh jangka apa kau akan cakap . Petang tu aku habis habisan defend reley kita betul tak . Tapi kau tetap dengan alasan kau . Bila aku Tanya kau ada orang lain kau jawab tak sampai lah satu tahap kau mengalah and kau cakap “ada” . Masa tu menitik air mata aku kau tahu . sebab nama ex kau sebut balik . Aku Cuma terkilan dengan cara kau itu je . Dendam ? jauh sekali dari sudut hati aku . Masa aku dekat Universiti kau lah semangat aku untuk terus Berjaya untuk dapat result yang baik . Aku peggang tangan kau , genggam erat jari kau untuk kali yang terakhir . Aku redha walaupun kebahagiaan tu sementara dengan kau . Kau lah yang pertama selepas dia . Terima kasih .


Pagi tu aku berangkat balik and kau datang jenguk aku rasanya . Memang aku akan bawa diri . Aku takan balik ke Perak selagi mana hati aku belum sembuh dengan semua ni . Biarlah aku berjauhan . Aku akan balik lepas hati aku sembuh sepenuhnya . Lebih kepada merajuk sebenarnya aku ni . Dah la kenapa perlu dingat balik . Biarlah . . .