Ramadhan is Back
Asslamaulaikum
kepada pembaca blog gua yang setia . Hari ni
29 haribulan bersamaan 1 Ramadhan . Alhamdulillah bertemu juga kita dengan
ramadhan pada tahun ini . Kita patut bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan
kepada kita setiap hembus nafas yang ada kita patut bersyukur . Bukan susah
untuk bersyukur , ucaplah Alhamdulillah tu adalah tanda kita bersyukur dengan
nikmat yang diberikan oleh Allah . Weh , memandangkan hari ni 1 ramadhan ape
korang rasa ? excited kan ? Well aku pun excited lah jugak . Sembang pasal ramadhan
korang jangan lupa pulak pahala bulan ramadhan ni triple plus plus banyak dari
bulan yang lain . Apa yang spesiyel dengan bulan Ramadhan ni . Di berikan satu
malam yang dimana malam tersebut lebih baik dari 1000 bulan . Malam Lailatul
Qadar . Yang ni yang patut orang kejarkan . Actly , tahun ni aku berpuasa di
Kedah dah tak macam berbelas tahun yang lepas aku berpuasa di Perak . Orang
perantauan lah kata kan . Tahun ni aku tak lagi berpuasa bersama orang yang aku
sayang . Jauh katakana lagipun susah nak jumpa . *macamlah aku serumah dengan
dia* Hahah . Weh itu cerita lama lah . Macam tahun lepas sahur aku tak risau
beb sebab Syuk akan call aku tak pun aku akan call dia . Siapa bangun sahur
dulu kena gerak . That the rule us made up . Tahun ni a little bit awkward
sebab aku berpuasa dengan Zaty . Eh korang jangan buat pelik ah aku sumbat ayam
percik dalam mulut tu karang . Yes , makin membesar makin penat nak jalankan
aktiviti harian . Ada kelas bagai , penat beb . Korang ingat students tak penat
ker bila tiba masa puasa ni . Nak melayan kerenah lect lagi dengan exem bagai .
5 hb ni aku ada paper MUET , so paling cokia aku kena dapat band 3 dalam target
aku . Aku dekat sini berbuka lambat gila ah pukul 7.39 . Lambatnyaaa T.T dah
lapar ni . Malam ni merupakan malam kedua berterawikh so jalankan ibadat sebaik
mungkin . Dear readers , aku nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan al Mubarak
dan selamat menjalani ibadah puasa . Aku akhiri post kali ni dengan sedikit
kata kata nasihat “ Barangsiapa yang menahan lapar dan dahaga di sertakan
amalan amalan di bulan Ramadhan ini maka di lipatkan pahala amalanya berkali
ganda “ Wallaualam . Selamat Berbuka semua .
Assalamualaikum
★