Bloodline
Wednesday, August 14, 2013 | 10:12 AM | 0 comments
Assalamualaikum .Hello guy what  up . lama jugak aku tak mengupdate blog aku ni . dah bersawang dah aku rasa . Alhamdulillah Ramadan kali ni sempat lagi aku berjumpa walaupun disekeliling aku yang tak sempat untuk berjumpa Ramadhan pada tahun ni . arwah tokwan aku pun pergi dalam bulan Ramadan . masuk tahun ni dah dua tahun aku  beraya tanpa seorang tok wan yang sanggup lindung aku dari kena tibai *pukul* dengan mama waktu kecik kecil dulu , bila mama peggang jea rotan nak rotan aku arwah mesti peggang satu lagi rotan stand by katanya dari aku kena rotan . kalau aku kena rotan mesti arwah rotan mama balik . HAHAHAH . kesian jugak mama aku tu tapi nak buat macam mana aku ni cucu sulung yang paling dia sayang . Lahai tokwan aku ni . Mengalahkan mama dengan abah pulak bab menjaga aku kalau aku balik kampung . untuk pengetahuan korang aku ni ada mix bloodline dengan kerabat istana Kedah . dulu dulu tok nek kepada tok wan aku ni dia gundik istana Kedah lepas tu dia kawin dengan kerabat Sultan Kedah . kiranya aku ni pun ada darah keturunan jugak lah . mula mula aku tak pecaya jugak lepas aku tanya tok wan aku , tok aku , mama aku , adik beradik aku baru diaorang cerita dekat aku yang sebanarnya kami ni semua ada darah kerabat diraja . yang tu belum cukup lagi bukti yang diaorang cakap dekat aku walaupun ni sumber primer . Selepas tokwan aku meninggal hari pertama tu datang adik beradik aku yang tak pernah jumpa selama 16 tahun *waktu tu* tapi sekarang dah 18 tahun dah dengan pakai baju ala ala orang biasa tapi naik BMW . *fuyoooooo* lepas diaorang sampai tu semua orang yang ada dekat situ diam *krik krik krik* tok aku cakap “Tu sepupu belah tok nek hang sampai dah yang hang nak tau sangat tu , depa tulah yang jaga  kita la ni “. Nama dia Megat Iskandar ape tah aku tak ingat. waktu diorang sampai tu kiranya ramai jugaklah kerabat kerabat yang diaorang ni bawak . dah macam kongsi dah aku rasa . Deme datang peluk cium tok aku . rasa macam anak anak tok aku pulak . lepas selesai semua pengkebumiaan diaorang tidur rumah tok aku dua hari . dalam masa dua hari tulah aku boleh kenal pakcik pakcik aku yang selama ni aku tak pernah kenal . Kalau sebelah diaorang pengkebumiaan diaorang mesti ada kain kuning melambangkan dia ni kerabat diraja tapi alaa macam kita biasa tengok makam makan sultan dekat tanah melayu ni . macam tu lah . Kenal punya kenal aku kenal  pulak dengan anak dia . Tengku Aqilah dengan Tengku Ryan Amer kembar tak seiras . Muka sekali tengok melting korang aku rasa . kacukan lah katakana . naik pening aku bila susun salasilah keturunan aku ni sebanarnya . Berbelit macam gumpalan benang yang mencari penghujungnya . tak berkesudahan . dua tahun dah arwah tinggalkan kami semua . pelbagai kenangan manis masih lagi segar dekat ingatan aku walaupun dia dah tiada . sungguh aku katakana aku rindukan arwah .setiap kali aku balik kampung arwah selalu cakap macam ni “Cucu tok wan hat sorang ni kena jaga semua ni , jangan ketegaq sat lagi tok wan pediah baru hang tau” walaupun kata kata yang biasa hanya orang yang tak berapa biasa yang paham apa yang dimaksudkan oleh arwah . banyak pusaka dia wariskan dekat aku tapi tak perlulah aku mentionkan semuanya tapi cukup sekadar untuk hidup senang jadilah . Raya tahun ni aku pakai warna merah , warna yang arwah sangat suka pada masa usia dia , aku beriaya iya nak pakai tahun ni sebeb entah lah aku rasa something Yang aku sendiri tak boleh nak kata macam mana. Nampak gayanya tahun ni makin meriah kampung aku sebab ada orang special nak datang kampung aku . HAHAHA . ehhh cukup lah tu geng . naik lenguh pinggang aku menaip benda alah ni . kita sambung lagi next post yeeee . in other hand I just want to says “Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kalau ada, Be cerefull jangan min mercun atau seangkatan denganya “ Assalamualaikumidayat AnAm