Flash Back Memory
Monday, February 18, 2013 | 1:52 AM | 0 comments

Bila masuk je tahun baru 2013 ni banyak benda nak kena tinggal . Sekolah lah kawan-kawan lah , masing-masing ada hal sendiri dah tak lagi macam dulu . Bila terikat dengan sekolah dulu mula lah cakap sekolah ni membosankan lah ape lah kan , tapi sebenarnya sekolah lah tempat paling seronok yang takan dapat selepas habis sekolah . Ramai jugak sekarang bila yang jumpa tepi jalan buat do no je. Haish . Nak makan kaki gamaknya. Bila flash back 2012 macam-macam benda jadi. Ada yang seronok ada yang macam ape tah. Tapi yang paling best masa SUKAN sekolah SMK Pangkalan TLDM 2012 . Kenanagan ni susah aku nak lupakan sebab hari tu aku diumumkan OLAHRAGAWAN lepas aku beat twin aku Fakrullah , HOHO , bangga kejap .
Piala Olahragawan kali ke-27
Auzan Denial Saiful Fakrul Hafiz Azim Aku
The Best Thing We Had

Tuuu dia habaq hang , yang atas tu aku dapat lepas aku beat twin aku . berbaloi jugak kan? Never mind yang penting aku dah menang. HAHA . My twin as good as a runner nak tau sebab ape? Waktu Sukan MSSM dia banyak save time waktu lari area curve 200 akhir tu and the result is kami dapat SILVER . 0.04saat belakang orang yang pertama. Di sebabkan aku  (UsainBolt) cehhhh perasan pulak tapi ni lah nama aku kalau budak-budak sekolah aku panggil time sukan. Aku tak biasa lari area curve sebab susah nak sengetkan badan . Oke back to Sport day. Hari mula-mula sukan sekolah start aku dah sapu satu Gold dalam acara Lompat Jauh. Twin aku pun dapat satu Gold jugak dalam acara 800m . Jadi  kami  Hari yang ditunggu dah tiba. Hoho. Aku dengan dia dah seri. Hari sukan tu kami kena jadi pengiring PANJI-PANJI SUKAN . Aku , Fakrul , dengan Mat Nin kenalah follow orang yang bawak bendera tu. Mula-mula time raptai tu dah macam ape dah kami . Tapi bila dah hari yang sebenar , fuyoo caya lah beb. Terbaik wa kata sama lu. Pagi-pagi hari kejohanan tu cikgu Hazni dah cari dah kami tiga. HAH.  "Korang bertiga ni kemana je ?dah pegi siap cepat , jangan lupa ikrar tu nanti". Tu dia dah kena bising dah . Tepat pukul 0800H kami dah beratur dah. Macam biasa lah kena pebarisan . Lepas dah habis semua tu semua strip out. tukar terus.Kalau tak salah aku lah acara hari tu start dengan 400m . Saingan memang sengit bagi anak buah aku yang sorang tu. tapi alhamdulillah dia menang dapat tempat pertama. Bagus . "Diumumkan acara seterusnya 100m lelaki bawah18 akan bermula" . Aik cepat betul . aku gelabah punya pasal sampai roti dalam mulut aku bawak terus turun trek. Selamber badak dah kan. Whos care? aku sinior tahun ni. HAHA. Aku tengok pesaing tahun ni takdelah ngeri sangat macam tahun-tahun lepas , cuma twin aku je tu ha yang ngeri sikit. Bila cikgu Roslan dah bagi isyarat beratur semua beratur . Lorong pertama dari rumah Mahameru Muhammad Amirul Asyraf" aku pun angkat lah tangan . "lorong kedua bla bla bla . . sampailah lorong yang kelapan . "KEGARISAN" lantang suara cikgu Roslan aku dengar. Maklumlah aku yang paling dekat dengan dia "SEDIA" duup duup duup jantung mula lah tak senang duduk la apa lah . "POWM" terkejut monyet sekejap aku lepas tu tunggu apa lagi lari lah. Hasil usaha dan teknik yang aku belajar selama ni membuahkan hasil dengan aku dapat 1st tempat diikuti twin aku tu . dia number dua. 10.98S time yang aku buat dalam event yang tu. rasa kejam pulak aku rasa . Ye lah mana taknya selalunya time-time macam tu aku buat dekat daerah dengan negeri je. Kiranya hari tu aku conquer semua acara yang aku masuk . 100m,200m,4x100m, dengan lompat jauh. Gold semuanya . Adat bertanding ada yang menang ada yang kalah, yang kalah tu tahun depan cuba lagi. HAHA . Memang hapening gila time tu cakap korang . Tak tergambar perasaan bila dengan kwn yang lain kan. Lepas dapat semua medal kami kena duduk dekat tengah-tengah padang . Al maklumlah nak umumkan Olahragawan dengan Olahragawati . Tak lupa juga Juara Keseluruhan dengan pebarisan. Jeng jeng jeng "diumumkan Olahragawan tahun ini disandang oleh . . . .  alah cikgu Zailawati suka buat suspen budak-budak lah , Muhammad Amirul dari rumah Mahameru . Wow ! aku menang beb . Time aku bangun tu semua ahli Mahameru menyanyi lagu khas Mahameru .Budak budak Mahameru  je tahu " We are not scared for anything , We are little but We strong , And we told then We Are Mahameru " berkumandang . dengan pembawa benderanya segala . Rasa cool gila bila ambil piala tu dekat grand stand . Each eyes watching on me . Dah selesai semua tu , Diumumkan pula Olahragawati tahun 2012 disandang oleh . . . . . Terrrrr terrrrr terrrrr " Siti Nur Nadia dari rumah Ledang . Woaaah menang jugak buddy aku ni . In fact dia tu budak kelas aku. So kami dah memang tau dah yang dia akan menang nanti. Lepas tu apa pulak eh . aku pun dah lupa lah -.- . HAH ! Juara keseluruhankan . Tempat keempat dimenangi rumah Mahawangsa . Budak budak semua "BOOO" . Tempat ketiga disandang oleh rumah Jerai . "HAHA" . Macam tak pernah gelak aku rasa time tu memang kelakar habis lah . Then diumumkan pula JUARA keseluruhan Sukan Sekolah Menengah SMKP TLDM bagi tahun 2012 disandang oleh anak buah Puan Hazni iaitu Rumah MAHAMERU ! Yes ! kami menang dapat jugak kekalkan 3 tahun beturut turut kejuaraan kami . Time tu bising gila semua pakat pakat baling apa yang ada time tu . Memang life gila . Then sekali lagi aku kena naik dekat grand stand tu sebab nak ambil piala pusingan . Dah ambik semua tu . Diumumkan pulak naib johan kejohanan . Disandang oleh rumah Ledang . *Krik Krik Krik* Eh takde lah bunyi cengkerik tu . aku saja tambah. Kepoh lah jugak dia orang tu. Dah macam main perang dah dengan baling botol bagai. Rusuhan sebab rumah diaorang tak menang . HAHA . Lepas habis semua tu apa lagi ramai ramai serbu aku dah macam nampak Zyan Malek je. Seronok gila dengan budak budak tu. Aku boleh katakan benda tu aku tak akan lupa sampai bila bila. Dah besar nanti aku mesti rindu dengan semua benda ni. Selamat Tinggal SMKP TLDM. Banyak kenangan aku terpahat dekar sana . cewahh . ayat nak power moden segala. Al maklumlah aku ni budak sastera . Bahasa mau power punye lah. HAHA . Anyways aku puas hati dengan segala usaha aku . Terima kasih :)