Before The Sun Going Down
Pelik kan tittle yang aku tulis tu kan? Never mind. Actully macam ni cerita dia. Hari tu aku ada gaduh dengan girlfriend aku. Aku pun dah tak berapa ingat malam bila dan bila tarikh dia. aku betul-betul lupa. Selalunya tak macam ni. Aku akan tuliskan semua urusan aku yang ‘’remeh –temeh’’ dalam diari aku. Tapi kali ni mungkin petanda yang dia akan lepaskan aku untuk selamanya. Tak sangka betul benda macam ni boleh jadi dekat aku. Kalau tak silap aku lah ,malam tu aku dah break up dengan dia. Hah ! baru aku ingat bila time tu. Bukan malam tapi lepas sekolah. Hari jumaat 10.Ogos.12 hari last sekolah sebelum cuti hari raya. Aku dah ingat semuanya. Hari tu aku balik macam biasa dengan dia, elok je . dengan tiba-tiba dia blah macam tu je. Aku sedar dia blah time aku jalan dengan dia, aku cari dia. cari dan terus mencari. And The result Is Hopeless . aku tak jumpa dia. aku pun tak tahu ape salah aku. Mungkin aku biarkan dia? mungkin aku tak layan dia? mungkin aku tak bagi perhatian dekat dia? mungkin aku sibuk dengan kengkawan aku? Entah! Sampai kehari ni aku pun tak tahu ape salah aku. Mula-mula aku ingatkan bendera Nazi dah berkibar rupanya lain dari apa yang aku sangka.HAHA! Aku balik penuh dengan tanda-tanya.Cewahh nampak tak bahasa aku dekat situ. Sampai je rumah aku chill kejap tetiba ada text masuk. ‘’1Text Massage form Sayang’’ . aku ingatkan dia nak mintak maaf sebab blah macam tu je tapi sekali lagi sangkaan aku meleset. Aku bukak text tu dan Jantung aku tiba-tiba berhenti! Duuuup Duuup. ‘’Kita break.Fullstop! Kbye’’ . aku rasa macam nak tampar je pipi dia kalau ada depan aku. Hye awak,benda macam ni jgn buat main-mainlah.tak lawak pun. Aku teringat balik ada satu malam tu aku call dia, dia penah cakap dengan aku yang dia takud malam terakkhir sebelum raya its mean malam terakhir ramadhan sebab malam tu banyak mengingatkan dia kepada memori yang lepas. Aku tak kata apalah,sekadar aku jadi tempat dia mengadu tu pun dah kira cukup baik lah tu. Its not easy to shared something about the past with another person. Right? Jadi aku menghargainya. Tak perlulah aku ceritakan lebih details pasal benda kecik macam tu. Oke sambung lagi, 1st aku ingatkan dia main-main dengan aku rupanya tak. Tak kanlah pasal aku tak layan dia time dekat sekolah tu sampai nak break, benda boleh settle kan?. Nak je aku cakap dekat dia macam ni "jangan ikutkan perasaan tu sangat boleh tak ?fikirkan sama orang lain punya perasaan’’ tapi aku tak sampai hati pulak. Jadi aku simpan jelah ape yang aku nak kata tadi tu. Mungkin aku terlalu menjaga sangat perasaan dia sampai perasaan aku sendiri tak ada sape nak jagakan. Hampeh ! aku sedar mungkin kata-kata aku nanti bakal membuatkan dia terasa. Tu sebab aku kalau aku nak marah aku fikir 2 kali. Karang tak pasal-pasal tercetus pulak perang ke-2. Aku pujuk dia . pujuk dannnnnn terus aku pujuk sampailah dia gunakan perkataan ‘’AkuKau’’semua . Sentap bebe! . lepas tu aku terus tak contact till hari raya. Pagi semalam aku bangun tidur terus text dia cakap Selamat Hari Raya maaf kalau saya ada buat dia sakit hari ke ape ke. Lepas tu aku terus tak text dia. no respond . biarlah dekat dia janji aku dah sattle urusan aku dengan dia. malas nak fikirkan semua tu nanti tak jadi aku nak pegi berayaaa. Alah dah besar-besar ni nak pegi beraya pun naik segan. Hihi . raya rumah adik-beradik,sepupu serrrpepat sudah. Tak payah nak pegi jauh-jauh. Ingat jangan main mercun nanti tak pasal-pasal beraya dekat hospital pulak.
★